fbpx

5 Tips Memilih Pencuci Muka Terbaik utk Kulit yg Mungkin Anda Tidak Tahu!

"Kulit Lebih Bermaya Dengan Sekali Cucian Sahaja!"

Nak tanggalkan make-up dengan mudah?
Nak ‘reset’ semula kulit macam bayi?
Bersihkan pori-pori, bunuh kuman jerawat?

Perempuan dan pencuci muka memang tak dapat dipisahkan. Kadang-kadang masuk drugstore mesti dilema nak cari pencuci muka yang terbaik untuk kulit muka. Bukan apa, takut kalau salah pilih merana kulit nanti. Takut tak sesuai dengan kulit. Takut breakout kalau asyik tukar-tukar pencuci muka.

Telah menjadi tabiat perempuan bila nak cari pencuci muka mesti akan baca review dan feedback pengguna-pengguna yang telah menggunakan  produk tersebut. Semakin ramai yang memberi feedback positif, semakin yakin kita bahawa iilah pencuci terbaik tanpa menyelidik dahulu isi kandungan dan fungsi-fungsi yang pencuci muka itu sendiri. Bila try, lain pula hasilnya. Jadi, macam mana nak cari pencuci muka yang terbaik? Apa kriteria-kriterianya? Jom ikut 5 tips dalam memilih pencuci muka yang terbaik untuk kulit anda.

Tips Memilih Pencuci Muka Terbaik

1.Tidak keritips memilih pencuci muka terbaik_melembapngkan kulit

Kenapa pencuci yang mengeringkan kulit ini tidak baik? Selalunya, pencuci muka jenis ini mendakwa ia mampu menghapuskan minyak dan sangat disarankan untuk sesiapa yang memiliki kulit berminyak. Ya, memang kulit anda akan bebas dari minyak tapi hanya untuk sementara waktu.

Apabila kulit anda kering,  kelenjar minyak di bawah kulit bertindak mengesan tahap kelembapan kulit yang menurun dan mengeluarkan lebih banyak lagi minyak untuk menampung kehilangan kelembapan kulit tadi. Maka, kulit anda akan menjadi sangat berminyak dan peluang unutk jerawat naik sangat tinggi. Hati-hati!

2. Membersihkan kotoran dari muka

Seperti yang sedia maklum, pencuci muka  memang fungsinya untuk mencuci bersih muka anda, Namun, ada juga pencuci yang tidak membersihkan kulit anda secara efektif. Apa yang anda boleh buat untuk uji tahap keberkesanan pencuci muka anda?

Selepas cuci muka, ambil sekeping kapas dan letakkan sedikit toner. Sapukan pada kulit anda. Perhatikan adakah ia meninggalkan sisa kotoran pada kapas? Atau masih ada sisa makeup? Itu tandanya pencuci anda tidak membersihkan wajah anda dengan betul.

3. Membersihkan kotoran dalam pori

tips memilih pencuci muka terbaik_cuci pori

Adakah anda familiar dengan perkataan “deep cleansing”? Pencuci jenis ini akan mencuci kulit anda sehingga ke dalam liang pori. Sememangnya, kita tak dapat lari daripada memilliki pori tersumbat terutamanya bagi sesiapa yang jenis muka berminyak dan makeup setiap hari.

Jadi, pastikan pencuci muka anda boleh bertindak sebagai scrub yang lembut yng boleh membersih sehingga ke dalam pori.

4. Bertindak secara lembut

Jangan pakai pencuci muka yang terlalu kuat. Pencuci yang terlalu kuat bahan kimianya akan memberi kesan sampingan yang merbahaya. Kita sudah semestinya tidak mahu kulit kita yang lembut dan sensitif ini rosak.

Elakkan memakai pencuci muka yang boleh menghakis pigment dan lapisan kulit. Kulit anda akan menjadi nipis dan terdedah kepada sinaran UV. Takut jeragat naik je nanti.

5. Melembapkan kulit

Pencuci muka yang baik bertindak melembapkan kulit selain daripada membersih. Bukan sahaja kulit anda jadi bersih, kulit juga sihat dan bebas bernafas.

Terutamanya sekiranya anda duduk dalam penghawa dingin 24 jam, kulit akan menjadi kering.  Jadi anda sangat memerlukan pencuci muka yang boleh mengawal paras minyak dan mengekalkan kelembapan kulit secara natural.

MITOS TENTANG PENCUCI MUKA TERBAIK YANG SERING DIPERSOALKAN

MITOS #1 Buih dari pencuci muka membersihkan kulit.

Fakta: Buih dari pencuci muka tidak melakukan apa-apa pada kulit malah mengeringkan dan menyebabkan kulit terasa gatal. Pencuci yang banyak buih juga mengandungi banyak bahan kimia.

Jadi yang mana lagi bagus? Pencuci muka yang memiliki tekstur krim (creamy cleanser) atau minyak (oil cleanser) lebih baik untuk membersihkan kulit tanpa mengeringkan dan merengsakan kulit muka.

MITOS #2 Pencuci muka natural & organic tidak berkesan seperti pencuci muka konvensional

Fakta: Ramai yang beranggapan bahawa bahan-bahan kimia yang terdapat dalam pencuci muka lebih berkesan pada kulit. Hakikatnya, bahan-bahan botanikal dan organik lebih efektif dalam merawat, membersih dan mencantikkan kulit. Ia lebih mudah diserap oleh kulit dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang boleh merosakkan kulit kita yang manja ini.

Jadilah pengguna yang bijak dengan memilih produk yang bebas dari bahan kimia berbahaya.

MITOS #3 Pencuci muka yang bebas minyak adalah yang terbaik untuk kulit jenis berminyak

tips memilih pencuci muka terbaik_bebas minyak

Fakta: Pencuci muka bebas minyak sebenarnya akan mengeringkan kulit. Apabila kulit kering, kelenjar minyak akan menghasilkan lebih banyak minyak bagi menampung kehilangan kelembapan kulit tadi.

Gunakan natural oil untuk larutkan minyak semulajadi di muka. Cleansing oil adalah pencuci yang terbaik sebab ia akan mengembalikan kelembapan kulit. Yang berminyak jadi normal, yang kering jadi normal.

Paling penting, elakkan mineral oil kerana ia tiada khasiat langsung! Antara jenis minyak yang sesuai adalah castor oil, sunflower oil, hempseed oil, jojoba oil, etc. Elakkan coconut oil kerana ianya comodegenic (menyumbat liang pori).

So, adakah pencuci muka anda sekarang memenuhi ciri-ciri pencuci muka terbaik macam dekat atas? Be a smart user!

Love,

J♥

Solution to Oily Skin, once and for all.

Revolutionary Formula. Gentle, Pore Cleansing,
Organic & 100% Natural Cleanser

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment

Scroll to Top