fbpx

Punca Jerawat dan Cara untuk Elakkan Jerawat Selamanya

Jerawat, (acne vulgaris) merupakan masalah biasa bagi remaja yang melalui akil baligh. Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh stress, ketidakseimbangan hormon, diet yang tidak sihat serta masalah  alahan dan salah penjagaan kulit. Nak elakkan jerawat selamanya? Fahamkan dulu apa itu jerawat, jenis dan puncanya.

Siapa yang dapat jerawat?

Remaja – Ketidakseimbangan hormon ketika akil baligh, dan penjagaan kulit yang tidak betul

Dewasa – Penjagaan kulit tidak betul, diet yang tidak sihat dan masalah alahan makanan

Bagaimana Jerawat Terjadi?

 

Copy of How Acne is Formed_whitehead
Pori Tersumbat
Copy of How Acne is Formed_ blackhead
Pembentukan Bintik Hitam

1 – Pembentukan Bintik Hitam (blackheads) dan bintik putih (whiteheads)

Jerawat terjadi apabila liang roma (pori) tersumbat samaada oleh kotoran atau minyak (sebum) berlebihan. Seringkali, sebum berlebihan itu terperangkap bersama kotoran, dan sel kulit mati. . Permukaan pori yang tersumbat itu kemudiaannya teroksida (dioxidize) oleh udara lalu bertukar menjadi warna hitam yang dikenali sebagai bintik hitam (blackheads). Kadang-kala, lapisan kulit boleh membentuk dan menutupi pori tersumbat itu lalu membentu bintik di muka dikenali sebagai whiteheads.

 

Copy of How Acne is Formed_papulekenapa jerawat batu naik_ nanah

 

2 – Kejadian Jerawat

Apabila pori tersumbat blackheads  dan whiteheads  dijangkiti kuman, ianya boleh membentuk jerawat. Bukan itu sahaja, pori yang tersumbat juga boleh menyebabkan ‘inflammation’ dari bawah kulit yang juga membentuk nanah, menyebabkan radang pada sel kulit sekitarnya.

 

kenapa jerawat batu naik_parut lekuk3 – Selepas Jerawat

Jerawat yang dibiarkan tanpa rawatan yang efektif boleh menyebabkan sel kulit sekitarnya rosak lalu meninggalkan parut.  Malah, kebanyakan ubat sapu yang terdapat dipasaran seperti Benzoyl Peroxide dan Salicylic Acid amat kasar untuk sel kulit yang sihat, jadi ia sering memberi kesan burn (meninggalkan parut yang gelap) dan menipiskan kulit. 

Boleh dirumuskan, punca jerawat adalah:

  • Minyak (sebum) berlebihan
  • Sel kulit mati dan kotoran yang menyumbat pori (blackheads/whiteheads)

Jadi, penting untuk menjaga kebersihan kulit dengan pencuci muka yang bagus serta scrub sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Jenis Jerawat

Jenis Ringan – Kebanyakannya kecil-kecil atau jerawat pasir. Tumbuh di dahi serta pipi. Rawatannya lebih mudah kerana puncanya lebih kepada luaran.

Sederhana – Gabungan jerawat kecil dan yang besar (batu) namun yang batu itu jarang-jarang. Perlukan rawatan luaran serta kenalpasti diet yang menggangu jerawat. Mengamalkan diet yang sihat boleh membantu.

Kronik – Banyak jerawat batu pada masa yang sama. Memerlukan penukaran diet yang drastik, pengambilan supplemen untuk badan yang lebih sihat dan perlu diperiksa untuk sebarang alahan dan ketidakseimbangan hormon. Baca tips untuk hilangkan jerawat batu.

6 Tips Elakkan Jerawat Selamanya

Nak cantik mestilah kena usaha kan? Lainlah kalau dah untung dilahirkan kulit halus mulus macam baby sampai ke tua. Ni saya share tips untuk elakkan jerawat secara long-term. Cuba setiap satu dan tengok hasilnya. Mesti jadi!

1. Nyahtoksin dan Pastikan minum air secukupnya

Air bantu badan kita untuk nyahtoksin. Selain itu boleh amalkan pengambilan suppplemen ‘Milk Thistle’ untuk membantu pembersihan hati (liver) iaitu organ yang menapis toksin di badan. Boleh juga amalkan minum air apple cider vinegar. Caranya: masukkan 1-2 sudu apple cider dalam segelas cawan dan amalkan 1-2 gelas sehari pada bila-bila masa. Boleh juga tambah lemon, serbuk kayu manis dan stevia untuk lebih sedap diminum. Bonus, air ni boleh bantu kuruskan badan juga tau!

2. Gunakan pencuci muka yang betul dan selamat

Produk yang tidak selamat sebenarnya boleh menyebabkan keadaan kulit bertambah buruk. Pencuci muka amat penting kerana ianyamerupakan langkah pertama untuk membersihkan muka. Sekiranya pencuci muka pun tak betul, sia-sialah guna produk lain seperti pelembap dan serum kerana disapu diatas kulit yang tidak bersih sepenuhnya. Ikuti tips untuk memilih pencuci muka terbaik yang mungkin anda tidak tahu!

3. Amalkan diet yang sihat

Ramai yang tidak tahu, diet yang sihat boleh mengelakkan jerawat. Bila badan sihat, kulit pun sihat. Kurangkan gula, karbohidrat putih, susu, keju, makanan bergoreng dan kafein. Ingat, “We are what we eat“. Makanan yang tidak sihat boleh menyebabkan ‘gut inflammation’  iaitu radang di usus, justeru menggangu proses pembuangan toksin dibadan, serta menyebabkan banyak toksin dikluarkan melalui kulit. Bila toksin banyak keluar dikulit, ditambah pula dengan pori yang tersumbat itu, tentulah jerawat boleh terjadi. Pilih daging organik, ayam organik, ABF (antibiotic-free) atau ayam kampung.  Banyakkan makan makanan antioksida, wholegrain/wholewheat serta probiotics. Cuba ubah diet selama 4 minggu dan lihatlah hasilnya.

4. Jangan picit jerawat!

Ha.. siapa suka buat macamni? Ye, memang geram kan tengok jerawat tu, lagi-lagi bila nanah tu dah masak. Sedapnya kalau dapat picit. Sebenarnya, memicit jerawat menyebabkan radang pada kawasan jerawat lebih teruk. Lebih parah, apabila memicit jerawat itu membuat kuman jerawat itu tersebar pada kawasan sekitarnya. Kan dah jadi lebih teruk! Cara lebih baik adalah membuat ‘spot treatment’ menggunakan masker tanah liat (clay mask)calitkan sedikit di kawasan berjerawat itu dan biarkan semalaman. Tengok hasilnya esok pagi. Untuk kesan terbaik, pastikan anda menggunakan clay mask  yang berkualiti tinggi dan natural ya, bukan yang penuh dengan bahan kimia.

5. Kurangkan Stress dan depressi

Amboi, senangnya cakap nak kurangkan stress, macamlah kita pun nak stress. Betul! Stress amat susah dielakkan tapi anda boleh cuba untuk kurangkan kesannya. Saya belajar sesuatu, “Organize, don’t agonize‘ maksudnya, bila sedang merana dalam stress, ambil masa untuk uruskan perkara yang perlu dilakukan dan plan! Lepastu dah plan, barulah buat. Kan dah kurang stress disitu. Selain itu, senaman juga amat penting sebab senaman boleh mengeluarkan hormon ‘endorphine’  yang dapat melawan stress hormon ‘cortisol’. Pengamalan makan tinggi antioksida juga boleh membantu melawan cortisol. 

6. Dapatkan tidur yang cukup

Perasan tak, kalau ada hari yang tidur tak cukup, muka kita nampak kurang segar? Jadi, dapatkan ‘beauty sleep’ ya, penting tau. Kurangkan kafein di siang hari untuk tidur yang lebih berkualiti.

 

Cuba amalkan tips diatas ni selama 4 minggu, inshaAllah ada perubahan.

Solution to Oily Skin, once and for all.

Revolutionary Formula. Gentle, Pore Cleansing,
Organic & 100% Natural Cleanser

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment

Scroll to Top