fbpx

7 Pencuci Muka Terbaik utk Kulit Jerawat, Kering & Berminyak

"Kulit Lebih Bermaya Dengan Sekali Cucian Sahaja!"

Nak tanggalkan make-up dengan mudah?
Nak ‘reset’ semula kulit macam bayi?
Bersihkan pori-pori, bunuh kuman jerawat?

Masih lagi mencari pencuci muka terbaik? Setiap kali masuk Watson, Guardian, Sephora atau mana-mana drugstore mesti dilema. Bukan apa, nak cari pencuci muka yang paling sesuai dengan masalah kulit bukan senang.

Kalau boleh tu nak cari yang spesifik yang boleh merawat masalah kulit kita. Berjerawat, kering, berminyak dan macam-macam lagi.

Kebanyakannya, akan baca review2 pengguna sebelum beli produk tu. Sebab tu ada yang sampai berjam-jam duduk dalam drugstore. 

Okay, dalam article kali ni team Jujur Organics dah selongkar laman web Hermo and selidik skincare mana yang paling tinggi rating dari pengguna Malaysia.

Jom kita tengok 7 pencuci muka terbaik unutk kulit bermasalah mengikut rating pengguna Malaysia.

7 Pencuci Muka Terbaik Mengikut Pilihan Rakyat Malaysia

Organic Skincare Oil Milk CleanserJujur Organics Cleansing Oil

Ratings: 5 stars

Pencuci muka ini bertindak secara lembut menggunakan minyak yang mampu untuk melarutkan sebum berserta kotoran di muka, lalu membersihkan apabila di cuci dengan air. 

‘Cleansing Oil’ ini unik kerana dicipta sebagai pencuci muka satu-langkah tetapi mempunyai result atau kesan yang sama menggunakan teknik ‘double cleansing.’ Formula yang tidak mengeringkan kulit membuatkan ia sesuai untuk kulit jenis berminyak, jenis kombinasi, kulit kering dan kulit yang sensitif. 

Fungsi utama Jujur Cleansing Oil ialah untuk membersihkan pori, membunuh kuman penyebab jerawat, menyeimbangkan minyak di muka sekaligus menjadikan ia amat bermanfaat untuk kulit jenis berminyak dan berjerawat.

Kebaikan:

  • Formulasi satu-langkah – Jimatkan masa dan produk. Tak perlu guna makeup remover berasingan. 
  • Organik & 100% Natural – Bebas dari bahan berisiko seperti Paraben, SLS, Fragrance.
  • Membersihkan pori dan antiseptic – Sesuai utk kulit bermasalah
  • Formulasi Safflower Oil & Tea Tree Oil – Berkesan Mengurangkan blackheads atau bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan seimbangkan minyak dikulit
  • Bersihkan mekap sekaligus, bonus!

pencuci muka terbaik untuk kulit bermasalah_cosrxCOSRX Low PH Good Morning Gel Cleanser

Ratings: 2838 reviews

Pencuci muka ini bertindak secara lembut terutamanya waktu pagi dalam membersihkan kotoran dari kulit. Memilki pH formula yang rendah (pH 5), ia tidak akan mengeringkan kulit sesuai untuk yang memiliki masalah kulit kering.

Ia juga menggunakan bahan-bahan botanikal dan asid ringan dan diformulasi untuk menaggalkan kosmetik serta merta. Sesuai unutk yang memiliki kulit sensitif dan bermasalah.

Kebaikan:
  • pH 5-6 – paras pH sama seperti pH kulit
  • Tea Tree Oil – kawal minyak, kecilkan pori
  • Natural BHA – menanggalkan kulit mati
  • Gel type – kurang keradangan kerana tekstur gel yang lembut

pencuci muka terbaik untuk kulit bermasalah_cosrx redCosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser 150ml

Ratings: 1413 reviews

Mendapat rating tertinggi di laman Hermo, pencuci muka dari Korea ini membantu mengurangkan jerawat dan menjadikan kulit muka kembali bersih. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, pencuci muka ini menanggalkan kotoran secara lembut disamping merawat masalah jerawat dan keradangan tanpa menghakis lapisan kulit.

Kebaikan:
  • Membersihkan pori – Buih dengan tekstur krim menarik keluar kotoran dari pori
  • Natural BHA Component – Larut bersama kotoran dan melembapkan kulit
  • Kawal pengeluaran sebum – Melembapkan kulit dan mengawal pengeluaran sebum

pencuci muka terbaik untuk kulit bermasalah_innisfree jejuINNISFREE Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam

Ratings: 1813 reviews

Pencuci muka keluaran Innisfree dari Korea ini mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dengan keisimewaannya menggunakan batu berapi Jeju. Memiliki fungsi utamanya unutk menarik keluar kotoran, sebum dari pori lalu membersihkan secara total telah membuatkannya sesuai digunakan untuk yang mempunyai masalah jerawat akibat pori tersumbat.

Mengandungi Jeju Volcanic Scoria yang bersifat alkali, dan pH yang sama dengan darah, menjadikan pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Kebaikan:
  • Membersihkan pori – Jeju volcanic rock menarik keluar kotoran dari pori
  • Ekstrak green tea – mengawal minyak dan mengecutkan jerawat
  • Bahan botanika dan organik – bertindak lembut ke atas kulit tanpa menghakis pigment kulit

pencuci muka terbaik untuk kulit bermasalah_innisfree green tea foam INNISFREE Green Tea Foam Cleanser

Ratings: 1536 reviews

Pencuci muka kelahiran Jeju, Korea ini diformulasi khas untuk melembapkan kulit menggunakan ekstrak Green Tea sebagai bahan utama. Kandungan amino asid yang tinggi dari bahan botanikal ini juga membantu memberi kelembapan supaya kulit kekal sihat. Tekstur Foam  yang lembut ini juga bertindak membersihkan kotoran sehingga ke dalam pori membuatkan kulit anda bersih dan licin. Menggunakan bahan organik membuatkan ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Kelebihan:
  • Ekstrak Green Tea – mengawal minyak membuatkan ia sangat sesuai untuk sesiapa yang memiliki kulit berminyak dan berjerawat.
  • Amino asid – memberi kelembapan pada kulit sesuai untuk kulit kering.

Nature Republic – Soothing & Moisture Aloe Vera Foam Cleanser

Ratings: 973 reviews

Menggunakan ekstrak Aloe Vera sebagai bahan utama, pencuci muka ini memberi efek soothing sangat disarankan untuk sesiapa yang  sedang mempunyai keradangan kulit Tekstur foam yang lembut juga mampu membersih sehingga ke dalam pori membuatkan kulit anda kembali bersih.

Maka, lebih mudah nutrient untuk diserap ke dalam kulit sekiranya pori tidak tersumbat. Selain membersih, pencuci muka Nature Republic ini juga merawat kulit bermasalah seperti jerawat,kering dan berminyak.

Kebaikan:
  • Alovera – natural antibakteria  dan anti-keradangan sesuai untuk kulit sensitif.

April Skin Nation’s Soap Magic Stone Natural Cleansing Soap

Ratings: 312 reviews

100% natural, pencuci muka dari AprilSkin ini tak sama seperti pencuci muka yang lain kerana ia adalah berbentuk sabun buku. Mengandungi glycerin untuk melembapkan kulit dan  minyak sayuran beserta minyak pati membuatkan ia mampu membersihkan kulit secara lembut dan sesuai untuk kulit yang bermasalah.

Ekstrak beras yang digunakan juga menghasilkan buih lembut yang menanggalkan kotoran sehingga ke dalam pori. Sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak.

Kelebihan:
  • Lavender oil – menenangkan emosi
  • Sunflower Oil, Grape seed oil, olive oil – melembapkan kulit sesuai untuk kulit kering
  • Lemon oil – membuang kotoran dan minyak dari kulit

Kesimpulan Pencuci Muka Terbaik.

Bukan mudah nak cari pencuci muka terbaik utk kulit. So saya cadangkan try-lah mana2 dulu. Yg penting ikhtiar, kalau jadi, bersyukur, kalau tak jadi, cari yg lain.

Semoga  Bermanfaat!

Love,

J♥

Sumber: www.hermo.my

Solution to Oily Skin, once and for all.

Revolutionary Formula. Gentle, Pore Cleansing,
Organic & 100% Natural Cleanser

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment

Scroll to Top