fbpx

5 Tips Mudah Hilangkan Jerawat Pasir

Jerawat pasir sering jadi kat bahagian dahi, dan pipi. Siapa yang selalu dapat jerawat pasir tapi masih tak berjaya hilangkan?    Haish! Geram betul tengok dahi penuh jerawat pasir? Bukan setakat jerawat pasir, bintik-bintuk whiteheads pun banyak! Ikut je tips di bawah ni, confirm lepas ni kurang masalah jerawat pasir.

hilangkan jerawat pasir

5 Langkah MUDAH utk Hilangkan Jerawat Pasir

Punca Jerawat Pasir

Punca utama jerawat pasir adalah bakteria yg tersumbat di dalam pori-pori (pores). Kebiasannya jerawat pasir ni terjadi di dahi dan kadang-kadang tepi telinga, leher dan dagu.

1. Pastikan tiada Conditioner Residue

Bunyi macam pelik, tapi betul sangat. Selalunya terjadi sebabkan oleh residue conditioner atau shampu rambut. Shampu dan conditioner bukan dicipta untuk kulit muka, jadi lebihan itu boleh menyumbat pori di dahi.  Jadi, selepas shampu dan conditioner, pastikan untuk menggunakan pencuci muka dan berikan lebih perhatian dia dahi supaya lebihan conditioner dan shampu hilang sepenuhnya.

Jadi aturan mandi adalah:

  1. Shampu rambut dulu, kemudian bilas
  2. Gunakan conditioner (bila perlu, mungkin 2-3 hari sekali)
  3. Biar conditioner tu selama 60 saat (kasi absorb sikit)
  4. Bilas conditioner betul-betul sampai tak rasa ‘licin’
  5. Sabun badan. Terutama bahu, bagi elakkan jerawat di belakang badan
  6. Last sekali baru cuci muka.

2. Elakkan terdedah di cahaya matahari berlebihan

Cahaya matahari boleh membuatkan jerawat lebih teruk. Jadi pastikan untuk guna sunblock (minima 80 SPF), dan gunalah payung apabila terpaksa berjalan di luar. Jangan asyik pakai spek hitam je, kulit terdedah. Guna payung tau! Biarlah orang nak mengata puteri lilin pun, janji kulit sihat.

3. Jaga kebersihan kulit muka

Bukan maknanya pengotor tapi kotoran yang boleh pindah ke muka banyak tau! Contoh mekap yang tidak dibersihkan sepenuhnya. Make sure guna toner dan wipe menggunakan cotton pad. Pastikan kulit bersih dari kotoran dari phone. Sekali-skala lap phone dengan alcohol wipe. Rajinkan tukar sarung bantal dan cadar setiap 3 hari. Bantal pun kena basuh setiap 3 bulan.

Elakkan menyentuh muka especially bila tengah asyik layan cerita Korea atau tengah memandu. Kita tak tahu apa kotoran dan bakteria yg lekat pada tangan.

4. Peluh berlebihan yang tidak dicuci

Suka bersukan? Selalu pergi gym? Selalu jalan-jalan diluar? Ha.. peluh tu kena jaga sikit. Pastikan basuh muka sebelum dan selepas bersukan. Kenapa sebelum? Sebab kotoran di muka boleh sumbatkan pori-pori, ditambah lagi dengan peluh tu. Lagi parah, bila menggunakan mekap apabila bersukan. Berlayer-layer muka dengan kotoran, foundation, bakteria.

5. Gunakan pencuci muka yang ‘deep cleansing’

Pernah dengar terms deep cleansing? Ia sejenis pencuci muka yang mampu mengeluarkan kotoran dari pori. Kebanyakan produk ‘deep cleansing’ ada kandungan ‘Salicylic Acid’. It’s very harsh and drying, jadi lebih baik gunakan produk natural yang menggunakan Tea Tree Oil. Boleh juga gunakan “cleansing oil” supaya ia dapat korek semua kotoran dimuka. Avoid gunakan “mineral oil” kerana ia dari petroleum (ya, sama mcm minyak kereta).

Kalau boleh elakkan bahan yg kandungan berikut

  • benzoyl peroxide
  • salicylic acid
  • retinol
  • resorcinol

Bahan-bahan ini sangat harsh pada kulit. Sekali sekala pakai takpe, jangan 2x sehari. Nanti kulit akan kering dan cekang sangat.

Mudahkan cara nak hilangkan jerawat pasir?

Memang lah perlu effort lebih, tapi dah nama nak cantik, mesti lah kena usaha kan?  Cuba tips diatas dan lihat perubahan pada kulit anda! Untuk info lebih lanjut, boleh juga baca punca jerawat dan tips untuk elakkan jerawat selamanya.

Jujur Organics Cleansing oil diperbuat dari 4 jenis minyak yang mampu membersihkan muka dengan lembut. Bukan satu, tapi empat!

Solution to Oily Skin, once and for all.

Revolutionary Formula. Gentle, Pore Cleansing,
Organic & 100% Natural Cleanser

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment

Scroll to Top