fbpx

7 Cara Hilangkan Jerawat Batu yg Paling Mudah

Jerawat batu merupakan jerawat yang paling ditakuti oleh semua orang tak kira lelaki atau perempuan. Ada yang sampai tak nak jumpa orang, lari dari group photo, tak suka selfie gara-gara malu dengan penampilan sendiri.

80% daripada remaja dan dewasa yang berusia 11 hingga 30 tahun mengalami masalah jerawat batu dan ini telah memberi kesan buruk kepada keyakinan diri mereka terutamanya ketika sesi temuduga ataupun presentation projek di tempat kerja mahupun di kelas.

Mereka akan mula berasa malu, berasa diri mereka tak cantik dan mula menyisihkan diri. Hal ini, secara tidak langsung boleh mengundang kepada masalah psikologi jika dibiarkan berlarutan.

Sebelum kita pergi lanjut kepada cara-cara nak hilangkan jerawat batu ni, kita kena kenal dulu musuh utama kita. Dah tahu punca baru boleh atasi dengan efektif!

Apa Itu Jerawat Batu?

kenapa jerawat batu naik_parut lekuk

Jerawat batu atau lebih dikenali sebagai ‘cystic acne’ merupakan sejenis jerawat yang paling kritikal dan menyakitkan. Saiznya pula lebih besar dari jerawat biasa dan terasa keras seperti terdapat batu di dalamnya apabila disentuh.

Jerawat batu yang besar ini juga mengeluarkan nanah dan darah apabila dipicit isinya. Kadang-kadang warna putih/kekuningan nanah terlihat menggelikan dan menimbulkan rasa tidak selesa apabila kita berhadapan dengan orang ramai.

Namun disarankan agar tidak memicitnya kerana akan meninggalkan parut yang amat susah untuk hilang. Lebih membimbangkan, ia meninggalkan kesan parut berlubang sehingga mencacatkan penampilan wajah anda. Kulit wajah akan kelihatan berlekuk-lekuk. Tak flawless!

Bagaimana Jerawat Batu Terjadi?

Baiklah, sebelum terjadinya jerawat batu, ia akan melalui beberapa fasa iaitu whitehead, blackhead, pupule, pustule, nodule dan parut.

Copy of How Acne is Formed_whitehead

1. Whitehead

Seperti jerawat biasa, jerawat batu juga berpunca daripada liang pori yang tersumbat dengan kotoran, lebihan sebum, dan sel2 kulit mati. Pori tersumbat akan membentuk biji-biji kecil berwarna putih membuatkan kulit terasa kasar apabila disentuh.

Copy of How Acne is Formed_ blackhead

2. Blackhead

Pori yang tersumbat akan bertukar kepada kekuningan/hitam apabila teroksida dan terdedah kepada udara. Bintik-bintik hitam mula kelihatan terutamanya di bahagian T-Zone seperti dahi, hidung dan dagu. Ini sangat menjengkelkan!

Copy of How Acne is Formed_papule

3. Papule

Kotoran dan bakteria yang tersumbat mula membengkak di dalam liang pori tersebut dan menghasilkan benjolan merah pada permukaan kulit. Pada fasa ini, kita akan mula berasa gatal dan sakitAmaran! Jangan sentuh, garu atau picit pada fasa ini.

 

4. Pustule

Apabila jerawat menjadi semakin besar dan membengkak, cecair pekat kekuningan/putih atau dikenali sebagai nanah akan terhasil di dalam pori. Dari luar, jelas kelihatan menyebabkan kita tak selesa.

kenapa jerawat batu naik_ nanah

5. Nodule/Cyst

Bakteria dalam nanah membiak menyebabkan jerawat semakin membengkak. Pada fasa ini, kita mula terasa sakit dan apabila disentuh akan terasa seperti benjolan keras. Pada fasa kritikal ini, elakkan daripada menyentuh muka.

kenapa jerawat batu naik_parut

6. Parut/ Parut berlubang

Apabila jerawat sudah masak, dinding folikel akan terkoyakSebab tu, jangan picit jerawat kerana dinding folikel terbuka lebih besar. Semakin lama parut dibiarkan,  semakin sukar untuk hilang. Rawatlah segera!

Kawasan Hotspot Jerawat Batu & Tandanya?

kenapa jerawat batu naik_pipi

 

 

1. Dahi

7 cara hilangkan jerawat batu_dahi

Jika jerawat anda banyak berkampung di bahagian dahi, anda perlu check semula anak tudung, tudung, topi atau mana2 penutup kepala yang anda gunakan. Kotoran bakteria dari permukaan kain tersebut juga boleh menyebabkan jerawat naik. Selain itu, bahagian rambut atau bangs yang menutup dahi juga menjadi faktor jerawat naik di dahi.

Conditioner atau syampoo yang anda gunakan boleh bertindak balas dengan kulit di dahi sekiranya kulit anda sensitif terhadap bahan kimia.

2. Pipi

7 cara hilangkan jerawat batu_atas pipi

Pipi Atas: Bahagian atas pipi juga dikaitkan dengan sistem pernafasan anda. Toksin yang masuk dalam badan dari udara persekitaran terutamanya yang tinggal di tengah bandar telah menyebabkan kesihatan kulit juga terjejas.

Pipi Bawah: Jerawat di bahagian bawah pipi pula berpunca dari kesihatan gigi dan mulut. Selain itu, bahagian bawah pipi juga adalah bahagian muka yang sering mendapat sentuhan luar. Cuba bayangkan bakteria yang banyak membiak terutamanya di telefon bimbit menyentuh pipi anda semasa sedang menjawab panggilan? Belum masuk sarung bantal dan berus makeup yang tak dibersihkan. Pembiakan bakteria2 inilah yang menyumbang kepada bertambahnya jerawat di wajah anda. Jagalah kebersihan.

3. Zone-T/ Hidung

7 cara hilangkan jerawat batu_t-zone

Zone-T adalah bahagian antara kening. Jika anda sejenis muka berminyak, anda mesti perasan minyak banyak keluar di Zone-T, betul? Hal ini kerana, di bahagian ini terdapat lebih kelenjar minyak. Tak hairanlah kenapa Mr.J selalu naik dekat kawasan ni.

Hidung: Bahagian hidung pula secara spesifiknya berkaitan dengan tahap kesihatan buah pinggang dan hati. Tingkatkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Jauhi alkohol.

4. Dagu

7 cara hilangkan jerawat batu_dagu jerawat

Sekiranya anda mempunyai jerawat di dagu, itu petanda kepada hormon tidak seimbang dalam badan. Tidur yang tidak teratur dan kitaran haid tidak seimbang juga menyumbang kepada masalah ini.

Sekiranya berlanjutan, anda boleh rujuk masalah ini kepada doktor untuk memeriksa semula kitaran haid anda.

 

5. Belakang badan/lengan/peha

7 cara hilangkan jerawat batu_lengan

Bahagian belakang badan ini secara saintifiknya berpunca daripada perubahan hormon atau faktor genetik. Walaubagaimanapun, terdapat juga faktor luaran yang menyumbang kepada jerawat di badan seperti jenis sabun badan, pencuci baju, peluh dan kebersihan badan.

Jika kulit anda sensitif, elakkan memakai sabun badan yang terlalu “kuat” kimianya. Cari lah produk yang organik dan natural. Lebih selamat!

Faktor terjadi Jerawat Batu

1. Kosmetik

Perempuan dan kosmetik memang tak dapat dipisahkan. Tak sah keluar rumah tanpa foundation, concealer, blusher etc. Tetapi, bagaimana pula kosmetik anda boleh menyebabkan jerawat batu naik? Semuanya berpunca apabila anda sendiri tidak mencuci muka sebersih-bersihnya. Sisa kosmetik yg masih tertinggal akan menyumbat liang pori sehingga menyebabkan ianya membengkak apabila bakteria mula membiak. Maka jerawat akan mula berkampung dengan gembiranya.

2. Pertumbuhan sel kulit tidak normal

Perkara paling membimbangkan bila ada jerawat batu ni adalah parut berlubang. Parut berlubang sebenarnya berpunca daripada pertumbuhan sel kulit yang tak normal dimana sel tak dapat diregenerasi secara cepat seperti kulit normal. Keadaan ini telah menyebabkan parut sukar untuk hilang dan kekal bertahun-tahun.

3. Kelenjar minyak berlebihan

Penghasilan minyak atau sebum yang berlebihan ini boleh jadi disebabkan faktor genetik, keturunan ataupun diet seharian. Jerawat batu terhasil apabila terlalu banyak minyak/sebum dikeluarkan dan menyebabkan pori tersumbat. Lapisan minyak yang tebal sehingga menutup permukaan kulit juga menjadi salah satu faktor terjadinya jerawat batu.

4. Kelebihan sel kulit mati dalam folikel rambut

Sel kulit mati yang tidak dibuang juga boleh menyebabkan pori tersumbat dengan  bakteria dipanggil Propionibacteria. Bakteria yang tersumbat dalam pori akan membiak dan menyebabkan infeksi kuman. Rajinkan untuk scrub muka sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

7 Cara Mudah & Natural Untuk Hilangkan Jerawat Batu

1. Cuci muka minimum 2 kali sehari. Pastikan pencuci muka yang digunakan bebas dari bahan kimia berbahaya. Anda boleh baca tentang  bahan-bahan kimia yang terdapat dalam pencuci anda di artikel kami sebelum ini. Klik sini.

2. Pastikan kosmetik yang anda guna sesuai dengan jenis kulit anda. Jauhi kosmetik yang mempunyai minyak berlebihan.

3. Minum air putih 2 liter sehari agar toksin boleh dikeluarkan. Toksin2 inilah sebenarnya punca jerawat anda mengganas. Kulit yang tidak sihat adalah kulit yang banyak toksin.

4. Amalkan pelembap kulit. Selepas cuci muka, muka akan menjadi kering (bergantung pada jenis pencuci muka). Ini akan menyebabkan kelenjar minyak mengeluarkan sebum/minyak secara berlebihan bagi mengatasi kulit kering tadi. Oleh itu, dengan menggunakan pelembap muka akan mengawal pengeluaran sebum tersebut.

5. Ambil makanan berserat tinggi. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi kandungan antioxidant yang tinggi boleh bantu mencegah dan merawat jerawat. Contohnya, bayam merah, buah oren.

6. Pastikan muka anda bersih sebelum tidur. Biarkan kulit anda bernafas & berehat pada malam hari. Jika anda seorang “makeup junkies”, pastikan kulit anda betul2 bersih daripada kosmetik. Penggunaan toner juga amat membantu untuk membersihkan sisa kotoran selepas cuci dengan pencuci muka.

7. Pastikan anda dapat tidur dan rehat yang cukup. Gaya hidup yang tidak sihat boleh mengganggu hormon dan proses dalam badan.

Kesimpulan, nak hilangkan jerawat batu

Walau apa pun caranya, pastikan ia selamat dan natural tanpa bahan kimia atau treatment yang merbahaya. Semoga Berjaya!
 

Love,

J♥

Solution to Oily Skin, once and for all.

Revolutionary Formula. Gentle, Pore Cleansing,
Organic & 100% Natural Cleanser

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment

Scroll to Top